Parliament
Progress of Malay/Muslim Community (Malay Speech)

Progress of Malay/Muslim Community (Malay Speech)

Muhamad Faisal bin Abdul Manap
Muhamad Faisal bin Abdul Manap
Delivered in Parliament on
10
March 2025
5
min read

Ministry of Culture, Community and Youth — cuts by Workers' Party Members of Parliament

Tuan, sayaingin mendapatkan pencerahan dan penjelasan tentang empat perkara berkenaanMasyarakat Melayu/Islam Singapura.

 

Perkara-perkaraini adalah, (i) pembinaan dan pengurusan masjid, (ii) Warees Halal Limited,(iii) Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) and (iv) Madrasah Sepenuh Masa.

 

a)     Pembinaan dan Pengurusan Masjid

 

Tuan,Masyarakat Islam terutama yang tinggal di Kawasan Tampines North and Pasir Risbarat seperti saya amat mengalu-alukan pengumuman baru-baru ini tentangmenyambung semula  rancangan dan usahapembinaan masjid di estet HDB Tampines North. Saya ingin mendapatkanpencerahan, mengapa keputusan untuk membina masjid ini ditundakan selama 9tahun walaupun pengumuan pertama telah dibuat pada tahun 2015, lima tahunsebelum berlakunya pandemik Covid-19.

 

Kedua,dengan bertambahnya blok-blok HDB dibawah skim BTO di estet-estet yang sediaada, serta juga pembangunan estet-estet HDB yang baru, saya ingin bertanyakepada Menteri, apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh MUIS dalam membuatkeputusan untuk penambahan masjid yang kedua di estet-estet perumahan HDB yangsedia ada seperti Tampines dan juga pembinaan sebuah masjid di estet-estetperumahan HDB yang baru seperti Tengah dan estet-estet HDB yang akan dibinaseperti Bayshore.

 

Tuan, sayaberalih kepada isu pentadbiran masjid.

 

Soalanpertama saya, (i) berapakan jumlah masjid sekarang ini dibawah pengurusanPengerusi Eksekutif (Executive Chairman) dan berapakah yang dibawah pengurusanPengerusi bukan Eksekutif (Honorary Chairman).

 

Pada debatJawatankuasa Bekalan 2012, dalam menjawab soalan saya, Menteri yangbertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pada masa itu mengatakan bahawaMUIS menanggung atau membayar 20% daripada gaji bulanan Pengerusi Eksekutif(MEC) dan yang selebihnya di bayar oleh pihak masjid. Soalan saya, adakahperatusan ini masa kekal atau telah berubah? Dan jika tidak keberatan, (ii)bolehkah Menteri berkongsi berapa pendapatan bulanan bagi Pengerusi EksekutifMasjid (MEC)

 

b)    Warees Halal Limited

 

Tuan,perkara kedua adalah mengenai Warees Halal Limited. Tertera di lelaman WareesHalal Limited menyatakan ia adalah sebuah “not-for-profit company limited byguarantee”, sebuah anak syarikat MUIS Group dimana tumpuan adalah menyediakanperkhidmatan Halal dan bukannya menjana keuntungan.

 

Soalan-soalansaya adalah, (i) berapakah hasil pendapatan (revenue), perbelanjaan (expenses)dan pendapatan bersih (income) tahunan Warees Halal antara tahun 2020 hingga2024 and (ii) apakah rancangan Warees Halal dalam memenuhi keperluan Halal yangsemakin meningkat dalam jangka masa sederhana?

 

c)     Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS)

 

Perkaraseterusnya adalah mengenai Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

 

Saya inginmenanyakan yang berikut, (i) berapakah jumlah Asatizah yang berdaftar di bawahARS (Skim Pengiktirafan Asatizah) setakat hari ini, (ii) berapakah jumlahnyaberdasarkan jantina, Ustaz dan Ustazah, (iii) berapakah jumlah kes-kespengiktirafan yang telah ditarik balik atau dibatalkan sejak skim ini diadakan?jika ada, apakah sebab-sebab pembatalan pengiktirafan ini dilakukan dan (iv)berapa ramai Asatizah di bawah ARS setakat ini yang beraliran Sunni dan Syiah.

 

d)    Madrasah Sepenuh Masa

 

Tuan,perkara yang terakhir adalah tentang Madrasah Sepenuh Masa, sebelum sayateruskan, saya ingin membuat deklarasi bahawa saya mempunyai seorang anak yangmenuntut di madrasah sepenuh masa.

 

Tuan,soalan saya (i) berapakah jumlah pengambilan pelajar darjah satu tahunan bagiMadrasah sepenuh masa bagi tahun 2022, 2023 dan 2024, dan (ii) berapakah jumlahpendaftaran bagi tempat darjah satu yang diterima pada tahun-tahun yang sama?Sekian Tuan, terima kasih.

Categories
Back to top

Walk with us, #StepUp with the Workers’ Party

Join us in building a brighter future for all Singaporeans. Whether you lend your time, energy, or resources, your support makes a difference.