Mr Speaker, Sir, let me highlight a couple of points brought up by the President in his address. He said, “Strong families are the building blocks of a resilient society” and “Our success is defined not just by material progress but also by our values and ideals.”
In a competitive and growth-centric environment like Singapore, bringing up a strong family with good values and ideals is a challenging task. How do we inspire our children to go beyond material progress when there is so much emphasis placed on asset enhancement? How do we tell our children to think about the values that matter in their lives and not about the values of their HDB flats?
This government has always emphasized the correlation between a strong economy and the quality of life here. While it is true we need money for material progress, we should also look into other important needs in life that can help build a resilient society but have no correlation to economic growth.
In a family unit, the head of the household is responsible to create an environment conducive to inculcate good values and ideals in every member of the family.
Likewise, at the society level, the government is responsible to create an environment conducive to inculcate the same good values and ideals in people to build a home and a future that we can all partake and share.
This government must formulate and implement policies that will allow an individual to fulfil his psychological, emotional and spiritual needs apart from material needs so that he can develop into a responsible member of the community. When that happens, this person will be able to contribute more effectively and positively towards nation building.
I am heartened to hear that the President acknowledges our success is defined not just by material progress but also by our values and ideals. It is indeed timely to look beyond growth and economy for nation building.
The opening of the two casinos has boosted the economy and created some jobs for Singaporeans. However, the benefits brought on by the casinos come with a heavy price to some people in the society. MCYS in its addendum states that the ministry will reinforce social safeguards to reduce harm arising from problem gambling.
The MCYS statement seems to suggest that problem gambling is going to be a big issue going forward. If problem gambling is set to grow, the negative impact on our society as a whole will also grow.
Through my years of counselling experience, I have come to understand the systemic nature of a family unit that the action of an individual member will affect or influence the family as a whole. Thus, if a part of our society is suffering, the nation as a whole will suffer along.
I urge MCYS to do more to build a cohesive and resilient society in a slowing economy. I also urge the ministry to help individuals and families at risk so that their lives will not be destroyed by the roll of a dice or a flip of a card.
The President has also warned of fault lines developing in our society. Fault lines exist almost everywhere now. It exists in our workplace, public housing and even schools. Singaporean are feeling deprived of their privileges as citizens.
How do we manage fault lines and not let these issues divide the nation? Economic growth certainly did not help prevent fault lines from developing further. It certainly did not heal any fault lines either.
The solution to the fault lines in our society lies in this House. Most of the fault lines are the by-products of the growth policies of the government. This government must address the issues and heal the community.
For the next five years, I hope to contribute to a more robust debate on policies that will help Singaporeans fulfil their emotional, psychological and spiritual needs on top of the basic necessity needs. My aspiration is to help build a nation on values that will last for generations to come.
Let me end with a word of wisdom from Confucius. I quote, “To put the world in order, we must first put the nation in order; to put the nation in order, we must put the family in order; to put the family in order, we must cultivate our personal life; and to cultivate our personal life, we must first set our hearts right.” These are indeed wise words to heed in our quest for success beyond material progress and a more resilient society.
Pilihanraya umum 2011 adalah satu pilihanraya yang bersejarah bagi warga Singapura. Warga Singapura terutama penduduk GRC Aljunied telah membuat keputusan untuk mengadakan satu perubahan pada sistem pentadbiran negara dengan mengundi pihak pembangkang ke parlimen. Pemilihan 6 calon pembangkang ke Parlimen adalah satu indikasi bahawa warga Singapura inginkan satu pendekatan yang berbeza, daripada tahun-tahun yang lalu dimana pihak parti pemerintah telah mendominasi parlimen. Saya ingin mengucapkan syabas kepada rakyat Singapura terutama penduduk GRC Aljunied.
Pilihanraya umum 2011 juga merupakan satu detik bersejarah bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura. Buat julung-julung kalinya seorang calon pembangkang Melayu telah dipilih ke parlimen.
Saya amat yakin perubahan yang berlaku ini akan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat Melayu/Islam. Walaupun ada pihak yang meyuarakan perbezaan boleh menghambat perkembangan dan kemajuan, namun bagi saya perbezaan pandangan dan perspektif adalah satu fitrah atau semulajadi yang jika kita memanfaatkan akan mendatangkan rahmah dan kebaikan.
Sejak dipilih sebagai seorang Anggota Parlimen enam bulan yang lalu, saya telah menerima banyak pandangan, maklum balas dan curahan harapan daripada individu-individu Melayu/Islam dari pelbagai latarbelakang kehidupan. Suara-suara ini mengalu-alukan adanya suara alternatif bagi kepimpinan Melayu/Islam yang sedia ada. Mereka bersifat positif dan terbuka dengan situasi yang baru ini dan mengharapkan yang terbaik untuk masyarakat.
Pada keseluruhannya, ramai yang berharapan agar saya menyuarakan isu-isu yang dekat dihati masyarakat Melayu/Islam. Namun demikian, mereka juga akur bahawa saya mempunyai dwi peranan iaitu pemimpin kepada masyarakat Melayu serta masyarakat Singapura amnya. Walaupun mereka kehausan suara alternatif untuk menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat Melayu/Islam, namun mereka mengharapkan agar saluran alternatif ini berfungsi secara rasional, bertanggungjawab serta terhormat. Mereka mahu saya menjalankan tugas kepimpinan saya dengan adil dan saksama tidak kira bangsa, bahasa dan agama. Saya ingin merakamkan rasa bangga terhadap masyarkat Melayu/Islam kerana sifat mereka yang rasional, prihatin, matang serta inklusif. Ini berlawanan dengan pandangan sesetengah pihak yang berpendapat masyarakat Melayu/Islam tidak mudah untuk berintegrasi serta bersifat eksklusif.
Tuan Speaker, memandang kehadapan, setiap golongan dan lapisan masyrakat Melayu/Islam mesti memainkan peranan masing-masing dalam memperbaiki status kehidupan dan mencapai kemajuan. Saya ingin menyatakan bahawa saya amat terbuka serta ikhlas untuk bekerjasama dengan kepimpinan Melayu/Islam yang sedia ada, serta organisasi-organisai pemerintah dan badan-badan Melayu/Islam.
Satu usaha yang kolektif harus diadakan dari pihak pemimpin dan juga golongan yang dipimpin. Setiap pihak terutamanya para pemimpin harus menjalankan amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan keyakinan. Namun dalam usaha kearah kebaikan, cabaran dan liku-liku akan ditempuhi. Sekira berlakunya sesuatu kegagalan atau kesilapan, setiap pihak terutama sekali para pemimpin harus melakukan introspeksi atau muhasabah diri. Tidak gunanya kita menunding jari kerana ia akan membawa kepada lebih banyak perpecahan dan tidak kesepaduan seperti pepatah Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh. Ini adalah nasihat yang saya tujukan kepada diri saya sendiri terlebih dahulu sebagai seorang pemimpin dan para pemimpin-pemimpin yang lain serta golongan yang dipimpin.
Saya ingin akhiri ucapan ini dengan kekata mutiara, “Nasib sesebuah masyrakat tidak akan berubah jika masyarakat itu sendiri tidak mahu berniat dan berusaha untuk mengubah nasibnya”. Dan perubahan ini harus dimulakan dari peringkat pemimpin. Saya percaya jika ada keikhlasan, kejujuran bersertakan keyakinan, masyarakat Melayu/Islam akan terus maju dan menjadi masyarakat yang lebih efektif, aktif dan produktif dalam menyumbang ke arah pembangunan negara dan masyrakat Singapura. Ini adalah sejajar dengan nilai masyarakat kita iaitu “Mendatangkan rahmah kepada semua”. Sekian.